Sunday, October 2, 2011

Inilah persembahan koir pelajar 4ST SMK Seri Intan, Kluang. Persembahan ini telah diadakan pada hari Jumaat, 30 September yang lalu sebagai salah satu aktiviti sempena Bulan Membaca. Tajuk lagu yang dinyanyikan ialah Sumayyah. Kumpulan ini terdiri daripada ( kiri ke kanan) Nadiah , Siti Hajar, Nurliyana, Siti Khadijah, Nur Diyana dan Nor Hafizah. 

Wednesday, September 21, 2011


PPD KLUANG

PPD Kluang
Tuan Haji A.Manaf bin Ramlee

UCAPAN PPD KLUANG

Salam Sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah serta selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w bersempena Pelancaran Blog Pusat Sumber Sekolah 1 Daerah Kluang. Justeru, kesyukuran kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih berkesempatan untuk responsif terhadap kesinambungan arus perdana pendidikan negara hari ini dan yang mendatang. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak khususnya Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kluang atas usaha gigih yang ditampilkan. Pastinya pujian wajar diberikan atas inisiatif ini.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi adalah seiring dengan perubahan zaman yang telah menjadikan dunia semakin mengecil. Justeru, warga pendidik yang tidak berupaya akses terhadap perkembangan ini pasti merasai kecanggungannya. Kepesatan perkembangan ICT juga telah mendatangkan pelbagai cabaran yang menuntut kebijaksanaan kita untuk menyesuaikannya dengan iklim pengajaran dan pembelajaran yang interaktif sifatnya. Oleh itu, kesediaan para guru untuk mendidik masyarakat supaya celik ICT dan cakna terhadap kemajuan pesat ICT serta implikasi yang terbangkit daripadanya perlu menjadi pioriti.
Saya mengharapkan Blog PSS 1 Daerah Kluang ini akan berupaya memberi sumbangan dan bertindak sebagai platform dalam usaha kita untuk melonjakkan kemajuan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai warga pendidikan, kita mestilah sentiasa berusaha bukan sahaja untuk meningkatkan akses kepada pendidikan tetapi turut memperluas akses kepada pendidikan yang berkualiti dengan hasrat untuk menghasilkan kejayaan secara kolektif. Ini adalah amanah besar yang perlu kita lunasi.
Harapan saya juga agar semua Guru Perpustakaan & Media akan bersifat aktif, inovatif, kreatif dan berketerampilan demi kelangsungan Blog PSS 1 Daerah Kluang ini pada masa akan datang. Pemupukan dan penyebaran ilmu harus terus diperkembang dan diperkukuh melalui pengisian ruang dan peluang yang disajikan oleh gerbang siber ini.
Perkongsian maklumat, idea, saranan dan dapatan kajian serta perkongsian pengalaman akan menjadikan kita lebih berilmu dan memartabatkan profesion keguruan yang kita miliki.
Atas kesempatan ini, saya merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Kluang serta semua pihak yang memberi sumbangan ke arah merealisasikan Blog PSS 1 Daerah Kluang ini.
Sekian.
“ ICT SINERGI MASYARAKAT BERMAKLUMAT ”

AKTIVITI PSS SMK SERI INTAN, KLUANG

AKTIVITI BULAN MEMBACA 2011